Treler rosak dihempap dahan pokok tumbang sekaligus menyekat akses jalan Pantai Morib ke Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor dalam kejadian awal pagi tadi. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu sebuah lori treler melalui detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok selepas yang tumbang dalam kejadian awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan berat itu berjaya lari keluar menyelamatkan dirinya dalam insiden yang berlaku di Jalan Pantai Morib di kawasan Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Pengarah Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 6.47 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, didapati pokok tumbang yang menghempap sebuah treler panjang bermuatan 10 tan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Treler rosak dihempap dahan pokok tumbang sekaligus menyekat akses jalan Pantai Morib ke Tanjung Sepat, Kuala Langat Selangor dalam kejadian awal pagi tadi. Ihsan Bomba Selangor

Tambah beliau, pemandu yang berusia 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, semasa kejadian, treler itu sedang menuju ke arah Tanjung Sepat sebelum dihempap dahan pokok menyebabkan kepala treler remuk sedikit.

“Pihak Bomba telah menjalankan kerja-kerja mengalihkan batang pokok yang menghalang laluan,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast