Pelajar tingkatan satu yang kakinya tersepit sehingga ke paras lutut dalam longkang sekolah diselamatkan bomba.- Gambar ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan melalui detik cemas apabila kakinya tersepit dalam longkang di sekolah menengah di Sepang dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, insiden itu melibatkan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kaki mangsa tersepit sehingga paras lutut dipercayai akibat terjerlus dalam besi longkang berkedalaman dua kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Md Razali, pihak bomba kemudian menggunakan peralatan khas dan dalam masa lima minit berjaya mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada pihak sekolah,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast