Wan Razali Wan Nor

KUANTAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran mengambil contoh etika pemakaian kakitangan kesihatan di Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC@IIUM) yang dilihat sopan dan patuh syariat.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berkata, kerajaan perlu mengkaji semula etika pemakaian supaya golongan itu diberi pilihan untuk memilih pakaian yang lebih sesuai, longgar, menutup aurat dan selesa ketika menjalankan tugasan.

Jelasnya, mencontohi pemakaian uniform menutup aurat sempura perlu dititikberatkan berikutan kebanyakan pemakaian jururawat wanita di kebanyakan fasiliti kesihatan awam dalam negara ini disifatkan tidak mematuhi syarak.

“Mengambil contoh beberapa hospital memberi pilihan kepada kakitangan wanita untuk menegenakan pakaian yang lebih bersesuaian, contohnya Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kedua-dua hospital itu yang memberi pilihan etika yang lebih baik buat pekerja. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ahli parlimen parti bulan kenapa tak pakai jubah,waran hijau lagi sesuai sbb warna syurga.Pakai kopiah,bertali leher mcm ikutan budaya mat Salleh.

Comments are closed.