ROMPIN – Seorang suspek kes pergaduhan yang juga ahli politik gagal hadir ke prosiding mahkamah bagi sesi bacaan pertuduhan hari ini.
Suspek berusia 64 tahun tidak dapat hadir ke Mahkamah Majistret Rompin dengan alasan mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun seorang lagi suspek kedua berusia 58 tahun merupakan seorang kontraktor hadir ke mahkamah hari ini.
Majistret Wahidah Zainal Abidin memutuskan kedua-dua suspek dilepaskan tanpa dibebaskan.
Kes tersebut akan dibacakan di bawah Seksyen 323 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman yang sama.
Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.
Pada 12 April lalu, MalaysiaGazette melaporkan insiden pergaduhan melibatkan salah faham antara beberapa orang ahli politik sehingga mendatang kecederaan ringan kepada mangsa di Pekan.
Ia membabitkan bekas pemimpin kanan UMNO bahagian itu sendiri yang dipercayai menumbuk seorang individu yang juga ahli parti yang sama di sebuah restoran mamak.
Mangsa yang juga seorang guru berusia 42 tahun telah ditumbuk bersama orang kanan ahli politik tersebut lebih dari sekali berikutan isu bawa mulut. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: