Warga Amerika Syarikat terjatuh dan cedera semasa mandi di air terjun di Rawang diselamatkan anggota bomba. - Gambar ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tercedera semasa mandi di Air Terjun Kanching, Taman Rimba Kanching Rawang hari ini.

Mangsa, Christopher Chalmers berumur 29 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian pinggang akibat terjatuh.

Mangsa ketika itu mandi bersama rakan-rakannya, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail.

“Siasatan mendapati mangsa sedang bermandi manda bersama 10 lagi kenalannya di air terjun itu sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata,, aggota bomba telah membawa turun mangsa yang tercedera itu dari kawasan air terjun dengan menggunakan peralatan khas.

“Semakan mendapati mangsa tinggal di kondominium mewah Sri Kenny di Jalan Tun Ismail dan datang bersama rakan-rakan untuk bermandi manda menghabiskan cuti hujung minggu.

“Mangsa yang bekerja sendiri telah dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut dan keadaannya stabil,” katanya.

Sebelum itu, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor  telah menerima panggilan kecemasan dari orang awam pukul 11.16 pagi memaklumkan mengenai insiden seorang lelaki terjatuh dari air terjun.

“Bertindak atas panggilan itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah tiba di lokasi pada jam 11.40 pagi sebelum pemerhatian mendapati seorang mangsa lelaki warganegara AS telah terjatuh ketika sedang mandi,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast