Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Foto MUHD NA’IM, 03 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa telah menghentikan peruntukan kepada sekolah agama bantuan di seluruh negara pada tahun 1999 ketika menjawat jawatan perdana menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mahathir berbuat demikian kerana mendakwa pihak pentadbiran dan kakitangan sekolah agama menyokong Pas dan bersimpati terhadap tindakan yang dikenakan ke atas beliau.

Perdana Menteri mendedahkan perkara tersebut dalam program Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini yang dihadiri mahasiswa dari seluruh negeri itu.

“Saya sebut tadi umpamanya pada tahun 1999 ketika saya merengkok di Penjara Sungai Buluh, Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir membatalkan semua bantun ke semua sekolah bantuan agama rakyat di seluruh negara.

“Atas alasan Sekolah Agama Rakyat (SAR) ini pro Pas dan simpati dengan Anwar. Seluruh sekolah-sekolah agama itu dihentikan bantuan. Tak apalah sekarang dia berkawan dengan mereka. Saya tak faham macam mana,” kata Anwar.

Tambah Perdana Menteri, sejak mengambilalih pentabiran beliau telah memastikan sekolah agama rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Johor dipulih dan dibantu semula.

Beliau berkata, pertimbangan politik kadang-kala mengetepikan prinsip tertentu,

“Sebab itu anak-anak harus fikir yang kita nak tentukan ini bukan satu calon, bukan satu parti. Masa depan negara.

“Kita hendak negara coraknya, ya masih Melayu. Di Perlis saya diberi tahu kalau Anwar jadi Perdana Menteri pelajar-pelajar akan kembali pakai skrit. Ada yang percaya. Kalau Anwar jadi Perdana Menteri sistem akan jadi liberal, LGBT akan disahkan, lelaki boleh berkahwin dengan lelaki. Fitnah ini untung apa?

“Sekarang ini sudah tujuh bulan saya bersama kerajaan peruntukan bagi Islam bertambah, saya bantu juga yang miskin. Kalau sekolah daif itu sekolah Melayu, Cina, Tamil yang banyak susah kita bantu,” katanya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. HARI ini saya jadi PM esok minyak turun tapi bila dah jadi PM dia PUSING MAIN BELAKANG kata itu janji “dulu-dulu” PRU 14 sekarang tak perlu diungkit kerana tiada dalam manifesto PRU 15.
    bijak putarbelit ANWAR IBRAHIM ni… tapi yang di HALALKAN adalah mulut puakanya sembang KES Mahathir ditahun 90an… eh eh ok ke tu…. buatlah kerja untuk rakyat kata NEGARA MALAYSIA nak bankrupt… Anwar ANWAR

  2. kenapa konsert artis barat yg pro lgbt haritu dibenarkan wahai pmx? lpstu Rafizi ada janji dlu klu dia jd menteri yg berkaitan ekonomi ni dia blh turunkan minyak petrol.tp skrg tak ada perubahan apa2pun? lpstu pula, kenapa harga barang keperluan terus naik manakala nilai duit kita terus jatuh di pasaran?Rafizi terus membisu & skrg pula sibuk potong subsidi.ini ke langkah jangka pendek kerajaan skrg utk pemulihan ekonomi.kami rakyat makin rasa terhimpit.menyesal kami sokong Anwar Ibrahim haritu.dia tak sama mcm Anwar thn 90an dlu.dia kini dah sombong & mendongak keatas sentiasa.bil elektrik sy pun blm settle lg ni.aduhhhh…

  3. Bukankah minyak dh turun jd rm2.05 seliter bila PH mula memerintah hgga kini formula yg sama diguna pakai. Kes jenayah rasuah jika kau tk tau tkde tempih masa utk pendakwaan. Yg kau marah atok didakwa kenapa jika ada bukti rasuah atok kena hadap lah dimahkamah. Sebab rasuah merekalah negara tggung hutang rm1.5tril skrang.

  4. Pening kepala dgn PMX. Yg patut diutamakan, berciciran. Benda picisan pulak jd keutamaan. Apa kejadah dok provoke Tun M. Bukan dia ketua parti pembangkang pun atau ketua mana mana negeri. Bila org cakap dia pendendam, menafikan pulak. Tp tgk la statement. Haiya..

Comments are closed.