Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka dibubarkan hari ini.

Sumber dalaman memberitahu, pengumuman itu akan dibuat di Istana Alam Shah Klang setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan syor yang dipersembahkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pagi ini.

“Tengah siap-siap nak ke Istana Klang pembubaran DUN (Selangor) pagi ini,” kata sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.

Terdahulu difahamkan Menteri Besar menghadap Sultan Sharafuddin berkaitan dengan pembubaran DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang awal pagi ini.

Khamis lalu, media melaporkan Amirudin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Amirudin yang menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 5 petang Khamis lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast