Surat palsu yang didakwa dihantar kepada Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafi telah mengeluarkan surat tawaran kepada Khairy Jamaluddin untuk menyertai parti itu sebagai timbalan presiden.

Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil yang membuat penafian itu menerusi Twitter berkata: “Surat palsu yang sedang berlegar dalam media sosial, harap maklum”.

Gambar salinan surat palsu itu bertarikh hari ini, 19 Jun 2023 yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR dan ditandatangani Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Melalui surat itu, PKR didakwa menawarkan jawatan tersebut secara lantikan.

Kandungan surat tersebut meminta Khairy untuk memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Fahmi Fadzil ni celah mana rakyat nak percaya penafian dia? Sejarah laku dia semasa kempen PRU 14 ialah ingin menangkap Penyamun Perasuah dan pencuri DUIT RAKYAT malah ANWAR IBRAHIM sendiri “BERIKRAR” akan mencungkil bukti hingga ke lubang jubok akhirnya apa apa apa…. malah menafikan segala bentuk “perjanjian dan perbincangan”. KES surat ni pula hanya sembang kot… bukan NAFI…. nak tanya jika seseorang atau Fahmi Fadzil ni tidak berkata benar…. dia ni golongan apa yer….

Comments are closed.