KUALA LUMPUR – Orang Melayu tidak bahaya, apatah lagi dicopkan sebagai ekstrem oleh sesetengah pihak berdasarkan sikap dan tindakan mereka yang berada dalam parti politik.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau pernah diajukan persoalan itu daripada seorang kawannya kaum India, yang mendakwa Melayu dalam Pas dan parti Bersatu bahaya.
“Rakan kaum India ini kata, Pas, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) ini sangat bahaya. Kalau mereka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini lagi bahaya.
“Saya kata (Melayu) tidak bahaya. Saya jawab balik, saya kata bangsa Melayu baik hati. Kalau ada pun mungkin seorang dua yang tidak betul, sombong, angkuh dan tidak cerdik dalam UMNO, Pas, Bersatu mahupun PKR.
“Tapi, ramai yang baik sama ada dalam UMNO, Pas, Bersatu dan PKR. Orang Melayu ini mudah. Cuma mereka tidak bolehlah dimalukan di khalayak. Air muka (maruah) mereka penting. Itu saja. Melayu bukan ekstrem,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Jelas Zaid, orang yang bahaya dan ekstrem dalam konteks politik ialah mereka yang tidak peduli pandangan orang lain dan menganggap dirinya saja betul.
Malah, katanya, sifat sombong dan angkuh ini bukan saja ada pada orang Melayu, turut ada pada kaum Cina dan India.
“Boleh dikatakan semua bangsa ada elemen sombong dan angkuh ni.
“Contohnya, hari itu saya ada cadangkan eloklah ampunkan Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan main marahnya (kaum Cina) pada saya.
“Tapi, cubalah saya kata hari itu, kalau ada pemimpin Cina yang didapati bersalah patut kita (beri) pengampunan untuk kebaikan negara dan masyarakat, tentu mereka tidak akan kata saya gila, mereka akan kata, bagus,” katanya.
Jelasnya lagi, orang Melayu dalam parti Bersatu dan Pas bukan ekstrem, hanya pandangan mereka mungkin tidak betul pada sesetengah pihak. – MalaysiaGazette
Tiba masanya ikut contoh keharmonian pelbagai kaum dan agama tanpa kibbutz di negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait menghormati dan menghtiraf hak asasi warganegara asal pendatang ekonomi daripada negara-negara asal masing-masing walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar sewa dan cukai harta yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut dan bukannya pro kibbutz di tanah rizab Melayu sebijik kibbutz di Singapore muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!