Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Malaysia berada pada kedudukan ke-27 dalam ekonomi paling berdaya saing di dunia daripada ke-32 tahun lalu.menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2023.

Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, yang mengeluarkan ranking itu berkata, Denmark mengekalkan kedudukannya di kedudukan teratas untuk tahun kedua berturut-turut, manakala Ireland meningkat daripada ketujuh kepada kedua dan Switzerland jatuh satu tangga untuk berada di ketiga.

Ketiga-tiganya adalah ekonomi kecil yang menggunakan akses mereka kepada pasaran dan rakan dagangan dengan baik.

Begitu juga Singapura, yang menduduki tempat keempat.

Pengarah WCC Profesor Arturo Bris berkata, semakin banyak negara mengejar kepentingan sendiri.

“Kami melihat pihak yang menang dan yang kalah dalam konteks di mana pelbagai krisis bertindih dan dunia semakin terbahagi antara ekonomi perlindungan dan perdagangan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

IMD berkata walaupun Malaysia memperbaiki kedudukannya, namun negara ini berdepan dengan cabaran utama tahun ini dari segi menjadikan ekonomi yang lebih berdaya saing.

Yang menjadi cabaran kepada Malaysia ialah pembangunan bakat tenaga kerja industri; mindset digital untuk sektor; pembangunan mampan dan pembaharuan kawal selia untuk kemudahan menjalankan perniagaan di peringkat nasional dan sub-nasional.

Malaysia, katanya, menunjukkan prestasi baik dari segi harga; infrastruktur asas dan dasar cukai.

Namun, Malaysia tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam kedudukan sub-faktor perundangan perniagaan; pendidikan dan krangka kemasyarakatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast