KUALA LUMPUR – Bermula 1 Julai 2023, Lembaga Tabung Haji (TH) hanya membenarkan pemindahan wang daripada akaun simpanan TH ke akaun bank pendeposit sahaja bagi mengekang kes penipuan dalam talian.
Pendeposit hanya boleh mengaktifkan kad ATM dengan akaun TH menerusi mesin ATM dan bukan melalui perkhidmatan perbankan dalam talian bank-bank rakan strategik TH.
Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamad Ameen Abdul Wahab berkata, langkah ini adalah salah satu usaha berterusan TH dalam memastikan para
pendeposit tidak terjerat dengan perangkap pihak tidak bertanggungjawab atau ‘scammer’.
“TH memandang serius akan penipuan yang berlaku melibatkan pendeposit melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH dan sering
mengingatkan para pendeposit untuk sentiasa berhati-hati dengan memastikan maklumat peribadi dan akses kata laluan platform perbankan internet tidak
dikongsi dengan mana-mana pihak.
“TH juga sentiasa melakukan kemaskini dan memperketatkan kawalan keselamatan teknologi sedia ada secara berterusan bagi memastikan semua transaksi yang dilakukan oleh pendeposit adalah selamat,” katanya. – MalaysiaGazette