Menteri Besar Terengganu mempengerusikan AGM ke-42 EPIC.

KUALA LUMPUR – Anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) mengumumkan perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 sebanyak RM343.1 juta.

Ia meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.

EPIC dalam satu kenyataan berkata, 52 peratus perolehan atau RM179.1 juta adalah hasil perkhidmatan bekalan; perkhidmatan kejuruteraan sebanyak RM93 juta (27 peratus); operasi pelabuhan sebanyak RM60 juta (18 peratus); dan segmen tenaga solar sebanyak RM11 juta (tiga peratus).

“Keuntungan bersih selepas cukai (PAT) kumpulan turut mencatatkan peningkatan kepada RM3.9 juta berbanding RM2.8 juta pada tahun sebelumnya.

“Pertumbuhan perolehan yang memberangsangkan ini adalah sumbangan Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) melalui hasil peningkatan aktiviti minyak dan gas di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB),” menurut kenyataan hari ini.

Selain itu, anak syarikat EPIC Berhad iaitu EPIC OG Sdn Bhd (EOGSB) yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan khusus bagi sektor minyak dan gas turut merekodkan perolehan yang baik sekali gus mendorong peningkatan perolehan kumpulan.

Syarikat yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu juga berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, ia menyasarkan 13 peratus perolehan lebih tinggi, iaitu sebanyak RM387.2 juta.

EPIC adalah Syarikat yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast