Tuesday, December 24, 2024
Home Sukan Kante sah milik Al Ittihad

Kante sah milik Al Ittihad

N’golo Kante. Foto talkSPORT.

ARAB SAUDI – Kelab Liga Pro Saudi, Al Ittihad secara rasminya memperkenalkan N’golo Kante sebagai pemain tengah baharu pasukan itu.

Kante akan meninggalkan Chelsea secara percuma pada akhir bulan ini selepas kontraknya yang berakhir bersama The Blues.

Pemain antabangsa Perancis itu sebelum ini telah dikaitkan dengan Al Ittihad sejak bulan lalu lagi ketika kelab itu mendapatkan bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

Namun rundingan dengan Kante tersekat pada terma peribadi dengan pemain itu di mana Al Ittihad mahu membuat pemeriksaan perubatan lebih rapi.

Ini memandangkan mereka membayar Kante €100 juta semusim dan  tidak mahu membazir wang yang banyak untuk pemain yang mudah mengalami kecederaan.

Kante banyak menghabiskan masa di bilik pemulihan kebanyakannya pada musim lepas.

Sementara itu, perpindahannya telah menamat waktu selama tujuh tahun beraksi di Stamford Bridge.

Kante akan terus memakai jersi nombor 7 di Al Ittihad iaitu jersi yang sama ketika beraksi bersama Chelsea.

Sebelum itu, Kante menjadi maestro penting dalam membantu Leicester melakar kejutan bergelar juara Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Bersama skuad kebangsaan Perancis, Kante memainkan peranan besar dalam membantu negaranya menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast