IPOH – Polis Derah Manjung menyiasat kematian seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sabtu lepas setelah dimasukkan ke Hospital Seri Manjung (HSM) pada 16 Jun.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan kematian mengejut pelajar lelaki pada 4.30 petang semalam selepas mengadu tidak sihat di sekolah pada Jumaat.
“Siasatan awal dengan pihak sekolah mendapati pelajar itu dilihat tidak sihat dengan berjalan menggunakan tongkat kerana mengalami kesakitan pada bahagian kaki sebelum menelefon keluarga mangsa untuk dibawa pulang.
Mohamed Nordin berkata pihak hospital kemudiannya telah memaklumkan pelajar terbabit meninggal dunia pada pukul 12.06 tengah malam.
“Pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan punca kematian mangsa akibat Alute Massive Pulmonary Embolism atau darah beku tersumbat pada paru-paru.
“Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan bagi kes mati mengejut dan kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” katanya.
— BERNAMA