KUALA LUMPUR – Syarikat Grab berhadapan dengan pemboikotan selepas media melaporkan penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak RON95 menggunakan tong digantung perkhidmatan.
Rata-rata pengguna di media sosial terutama di Twitter mengugut mahu memadam aplikasi syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu di telefon masing-masing sekiranya dakwaan tersebut benar.
“Adakah ini benar @GrabMy? Mana boleh buat macam tu? Anda sepatutnya memberi anugerah dan bukannya menamatkan akaunnya! Anda patut berbangga mempunyai kakitangan seperti beliau yang mempertahankan negara kita!” kata @Gregory_Cheong.
“Salam @GrabMY sila sahkan berita bahawa akaun rider ini telah digantung. Jika benar, saya akan uninstall apps Grab serta merta. Terima kasih,” komen @SyedAkramin.
“Jika ini benar, saya akan berhenti menjadi ahli platinum setia anda,” kata @Bigsnorlax1985.
“@GrabMY jika ini benar maka tiada sebab untuk kami menyokong anda. Keputusan berat sebelah,” komen @AraYacob.
“Seriuslah? Boikot je lah Grab ni. Banyak lagi food delivery lain ada! Rider tu tak bersalah pun,” kata @marshimerrow
“@GrabMY kau cari makan dengan rakyat Malaysia tapi kau backup negara sebelah. Ok wajib diboikot sebab kau tutup punca rezeki rider Grab ni,” @kviaiden.
“@fahmi_fadzil, Yang Berhormat minta tolong jasa baik untuk siasat perkara ini jika terdapat sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh @GrabMY,” Izul.
Sebelum itu media melaporkan, penghantar makanan yang menegur dua warga Singapura mendakwa kehilangan kerja selepas akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.
Menerusi perkongsian video di laman Tiktok atas nama matkibot, lelaki tempatan berusia 44 tahun itu berkata, akaun aplikasi pintarnya telah digantung sejak pukul 6 petang semalam.
“Selepas video ini viral di media sosial, Grab telah suspended (gantung) pada pukul 6 petang hari ini (semalam), saya segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Grab. Saya diberitahu akan dihubungi pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.
“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak Grab, saya diberitahu ada orang membuat laporan.
“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya.
Lelaki itu berkata, dia mengambil pendirian berani kerana benar selain mendakwa tidak bersalah selain periuk nasinya dihalang dua individu.
Sejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.
Menerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.
Pertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette
Jom semua rakyat prihatin sama2 boikot perkhidmatan grab!!!
Percayalah tanpa grab kita tak akan mati!!!
yessss…andai benar berita itu hapus grab di talian anda..kasi org sebelah la order grab…♂♂
betul..mmg tak mati..seumur hidup saya tak penah guna grab pun..runner sendiri je
kalau betul..tak bersalah..boleh la boikot grab..bukan itu saja..tolong lebihkan lagi mata² utk kpd Singaporean.. yg cuba ambil kesempatan kpd minyak²subsidi org² malaysia.
jom boikot
Setuju
jom berubah kepada misi rakyat …bye grab
no more grab apps. Adios
Jika betul akaun rider grab digantung,tanpa ragu2 mmg aku uninstall terus grab..serius
GRAB NI PUN SATU HAL. BELUM BUAT SIASATAN, DAH GANTUNG RIDER. RIDER DIJATUHKAN HUKUMAM SEBELUM SIASATAN LENGKAP DIJALANKAN. LAIN KALI GRAB BUAT MACAM NI, PADAM.AJE APP GRAB DARI HANPON. ADA BANYAK LAGI PILIHAN LAIN DAN RIDER² GRAB BOLEH MASUK SYARIKAT DELIVERY YANG LAIN.
hairan.. kenapa lah pergi tarik balik report polis
BOIKOT GRAB..BOIKOT GRAB.. BOIKOT GRAB.
Sebuah syarikat yang hanya mementingkan duit. Sepatutnya dpt. penjelasan dr pekerja dulu sebelum apa2 tindakan diambil. BOIKOT JE..
Boikot je benda dari negara jiran ni. kita up ehailing tempatan lak