KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis kontroversi dikenali ‘Inspektor Sheila Sharon’ yang tular menerusi beberapa klip video memarahi anggota polis bawahan dan orang awam telah digantung daripada tugas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, pegawai polis wanita terbabit telah ditahan kerja sejak minggu yang lalu dan arahan itu berkuatkuasa sehingga proses siasatan selesai sepenuhnya.
Setakat ini terdapat dua kertas siasatan polis dibuka terhadapnya masing-masing satu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.
“Proses merakam percakapan terhadap pegawai polis wanita itu sudah selesai diambil pada 18 Jun lalu dan dia sedang menjalani tindakan dibuang kerja,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kini kedua-kedua kertas siasatan itu sudah dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 JSJ Bukit Aman pada 19 Jun lalu untuk arahan lanjut.
Pada masa yang sama, Saifuddin berkata, sebanyak enam kertas siasatan tatatertib turut dibuka dan disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIP) Bukit Aman berkait kes yang dihadapinya.
Enam kertas siasatan tatatertib yang dibuka JIPS ke atas pegawai wanita itu itu adalah berkait rapat dengan beberapa video yang tular dalam kejadian di Taman Sri Gombak dan juga video tular pegawai itu bertengkar dengan orang awam di parkir kereta sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya baru-baru ini.
“Dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai polis wanita itu diharap orang ramai sedar bahawa polis mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menangani perilaku sebegini.
“Kita biarkan pihak polis mengguna pakai undang-undang dan saluran dalaman seperti JIPS untuk menguruskan perilakunya yang menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap PDRM,” katanya lagi.
Sebelum itu, pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak.
Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan sebelum ditahan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Media sebelum ini turut melaporkan bahawa polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang bertengkar dengan orang awam di parkir pusat beli-belah di Brickfields. -MalaysiaGazette
kenapa digantung tugas? peringkat siasatan tatatertip apa yang menghalang beliau bertugas apakah siasatan itu memerlukan tertuduh sepanjang masa bekerja disoalsiasat? apa rasional tindakan itu?
Hak pekerja harus ditegakkan samada melalui kesatuan kerja atau tindakan melalui guaman. tertuduh perlu mempertahankan hak. cabar dan saman kerana digantung tugas. soal kesalahan disiasat bukan “telah jatuh hukuman”. contoh SEORANG MENTERI sedang disiasat dan dibicara MAHKAMAH juga masih menjalankan tugas hakiki. perkara itu berlaku dan dibolehkan sebagai KES RUJUK.
kau sedang merapu apa ni? boleh la digantung tugas sementara siasatan dijalanlan. ko jangan memandai ka
bagus pdrm, buang je terus parasit polis ni.. t