Mayat lelaki tidak beridentiti ditemui terapung di longkang besar di Rawang. Ihsan IPD Gombak

GOMBAK – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di celah sampah dalam sebuah longkang besar di  Mukim Batu, berhampiran sebuah pasar raya borong dekat Batu 7 Jalan Rawang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, tiada dokumen diri ditemui pada mayat itu.

Menurutnya, mayat dalam keadaan berpakaian lengkap, memakai baju lengan panjang warna putih dan seluar jeans warna hitam.

Pasukan Forensik IPK Selangor dan Forensik Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa mayat itu mendapati tiada sebarang kecederaan atau kesan pada tubuh.

Siasatan awal, mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Mayat telah dihantar
ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini
boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sjn Shanonrizal binti Shamsudin (Sjn
Aktiviti Balai Polis Selayang) ditalian 012-6900127 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis
Daerah Gombak di talian 03-61262222,” kata Zainal. – MalaysiaGazette