JOHOR BAHRU – Penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak menggunakan tong mendakwa akaunnya digantung syarikat e-hailing sejak jam 6 petang semalam.

Menerusi perkongsi video di laman Tiktok atas nama matkibot, lelaki berusia 44 tahun itu berkata, berikutan itu beliau telah menghubungi perkhidmatan pelanggan dan diberitahu akan dihubungi dalam tempoh 24 jam.

“Selepas 20 minit saya telah dihubungi pihak syarikat, saya diberitahu ada orang membuat laporan.

“Melaporkan saya mengeluarkan skru driver (pemutar skru) untuk melawan, CCTV (rakaman televisyen litar tertutup) ada, boleh la check (semak),” katanya menerusi rakaman video dalam akaun Tiktok miliknya, hari ini.

Menurut lelaki itu, dia mengambil pendirian berani kerana benar, selain mendakwa tidak bersalah walaupun periuk nasinya terjejas akibat dua individu tersebut.

Katanya, dia tidak dapat mengambil tempahan semalam dan tidak tahu bila ia akan berakhir.

“Saya dapat RM100, kena hantar RM50 untuk isi perut anak bini, begitulah kita di Malaysia, okey tak kalah pun, tak takut pun, akhirnya kita mati juga begitulah nasib rakyat Malaysia,” jelasnya.

Sejak kelmarin, tular video berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.

Menerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang penghantar makanan itu.

Bagaimanapun pertelingkahan itu berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandad Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin menerusi kenyataan media berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 8.37 malam 16 Jun lalu.

Katanya, pertelingkahan dipercayai berpunca daripada salah faham apabila pekerja penghantar makanan menegur lelaki warga Singapura mengisi minyak ke dalam tong.

“Hasil siasatan kita mendapati terdapat salah faham, lelaki warga Singapura itu mendakwa mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Semasa kejadian, mereka (lelaki Singapura) belum lagi mengisi minyak sebelum ditegur rider dan berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Mengugut mahu menyerang dan mencederakan seseorang adalah perbuatan jenayah!!

    Harap Datuk Ayob dapat menyelesaikan perkara ini dengan tegas.

Comments are closed.