Kredit: Media sosial

JAKARTA – Sebuah pesawat kecil yang membawa empat penumpang dan dua anak kapal terhempas di kawasan pergunungan di daerah Yalimo, Papua, lapor media tempatan pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan lokasi nahas pesawat secara fizikal pada 4 petang waktu Indonesia barat.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai mangsa yang terkorban kerana pihak berkuasa tempatan akan memulakan proses pemindahan esok.

Pesawat Karavan Cessna 208 berlepas dari Lapangan Terbang Elelim di Wilayah Papua pada 10.53 pagi dan sepatutnya tiba di Poik pada 11.06 pagi.

Penerbangan yang dikendalikan oleh Semuwa Aviasi Mandiri (SAM) Air terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit selepas berlepas.

Visual pesawat yang terhempas tular di media sosial, memaparkan asap tebal dari lokasi nahas.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast