Pelawak dan penyampai radio, Shuib kembali bergelar suami selepas hampir dua tahun menduda apabila bernikah dengan Watie Hanifiah di Putra Glass House, Putra Height di sini malam ini.

KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Shuib kembali bergelar suami selepas hampir dua tahun menduda apabila bernikah dengan Watie Hanifiah di Putra Glass House, Putra Height di sini malam ini.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan
Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerima mas kahwin sebanyak RM8,288.

Sementara itu, majlis pernikahannya mendapat penajaan mencecah RM1.7 juta apabila membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Pada 6 Mei lalu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.

Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast