ustaz
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Ahli politik terutamanya yang bergelar ‘ustaz’ tidak sepatutnya cepat mengulas tentang sesuatu berita dan perlu menyemak dahulu kebenarannya.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Islam mengajar umatnya bersikap tabayyun iaitu menyemak dahulu demi kebenaran.

“Dalam dunia media baharu yang tiada sempadan, terlalu mudah satu berita palsu dilontar ke dalam kumpulan WhatsApp atau Facebook lalu dikongsi dan diulas.

“Sebaik-baiknya mengambil sikap tawakkuf, menangguh dan berhenti sejenak sehinga ternyata kebenaran berita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, pentadbir laman Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya meminta maaf kerana berkongsi poster mengandungi maklumat palsu kononnya Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah dilantik sebagai Pengerusi Felda.

Bagaimanapun, Teresa tidak berpuas hati dengan permohonan maaf itu dan meminta Khalil bertanggungjawab serta tidak meletakkan beban kesalahan di atas pentadbir laman Facebook miliknya.

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menambah, tidak rugi sekiranya tidak menjadi orang yang awal berkongsi berita apatah lagi ternyata melibatkan berita palsu.

“Malah berita separa masak pun wajar ditangguh kerana kita mungkin mendapat atau melihat satu sisi sahaja yang tidak lengkap sehingga menimbulkan persepsi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. UMNONGOK pimpinan ZAHID asyraf wajdi….SERTA SEKUTUNYA….sanggup jadi MUNAFIK BESAR ..NO DAPIG NO ANWAR..tanyalah Asyraf wajdi pernah MENYALAK 1O sebab umnongok menentang DAPIG

    PIMPINAN AHLI PENYOKONG UMNO terus jadi NGOK bila LKS diberi tan SRI…orang yg sanggup bawa ABU chin peng…13 mei…malaysia malaysian…menentang dasar dan negara ISLAM

    NASI DAH JADI BUBUR….umno xperlu melenting kerana tidor sekatil dan sebantal DAPIG
    TUNGGU juga komentar MT dan speaker Johor ..Fuad Jakarshi DAN Timb Majlis ulama umno dan penasihat agama Zahid

Comments are closed.