Baharin Din.

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn Bhd.

Tawaran solar atas bumbung tanpa pendahuluan ini disediakan untuk pelanggan kediaman yang mahukan penjimatan jangka panjang bil elektrik mereka.

Pakej kepada 150 pelanggan terawal diperkenalkan dengan penjimatan sehingga RM4,999 untuk pemasangan solar photovoltaic (PV) atas bumbung, bermula hari ini hingga 31 Julai 2023.

Semua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun.

TNB berkata, pemilik rumah yang ingin memaksimumkan penjimatan boleh mengambil tawaran terhad yang menarik ini sekali gus memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.

“Tawaran pemasangan solar mampu milik ini termasuk dengan pakej khas pelanggan terawal yang membolehkan pengguna mencapai penjimatan kos yang ketara di samping menggalakkan amalan penggunaan tenaga lestari.

“Tambahan pula, ini menunjukkan komitmen yang kuat daripada TNB untuk memperkuat inisiatif Net Energy Metering (NEM) 3.0 Kerajaan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din.

Menurutnya, bagi meningkatkan kemampuan pelanggan memiliki pakej solarnya, GSPARX telah bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan
yang fleksibel.

Pilihan ini termasuk plan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

Melalui pilihan pembiayaan ini, GSPARX memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer untuk serentak menikmati manfaat ekonomi sambil mengawal penggunaan tenaga mereka sendiri.

Dengan memainkan peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing.

Pendekatan berwawasan TNB dan tawaran inovatif GSPARX ini, membolehkan pelanggan memulakan hala tuju ke arah gaya hidup lestari, berhemat dan lebih hijau.

“Dengan memanfaatkan tenaga solar, pelanggan boleh menguruskan perbelanjaan elektrik mereka dengan berkesan sambil mengambil bahagian secara aktif dalam usaha global menangani
perubahan iklim dan menggalakkan amalan lestari,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast