PEKAN – Seorang suri rumah maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 45 Jalan Pekan-Salong pagi tadi.
dalam nahas 10.05 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa Noorain Moktar, 35 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Menurutnya, kemalangan berlaku semasa pemandu bersama lima penumpang dalam perjalanan dari Felda Chini, Pekan hendak menghala ke Gambang, Kuantan.
“Pemandu meninggal dunia, manakala lima penumpang iaitu seorang wanita dan tiga kanak-kanak mengalami kecederaan ringan serta seorang kanak-kanak lagi tidak mengalami luka.
Jenazah mangsa di bawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette