Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bau busuk yang diadu oleh jiran dari sebuah rumah di Shah Alam sejak tiga hari lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayat seorang wanita yang hampir reput.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Ramsey Anak Embol berkata, mayat ditemui pada hari ini jam 1 tengah hari tadi di rumah mangsa yang terletak di Seksyen U15 Shah Alam Selangor.

Menurutnya, polis yang bergegas ke lokasi mendapati rumah itu berkunci dan pintu terpaksa dipecahkan dengan bantuan pihak anggota bomba.

“Polis menemui mayat wanita itu di ruang tamu rumah dan berdasarkan keadaan mayat, wanita ini dipercayai sudah mati tiga, empat hari lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Wanita berusia 63 tahun itu adalah pesara kerajaan dan datang ke rumah tersebut sesekali seorang diri dari Pahang.

Kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jenazah wanita itu sudah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

Polis sedang mengesan waris atau ahli keluarga simati dan sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Saipol Paizi Bin Zainol di talian 012-5781435. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast