wee ka siong
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Tuntutan yang dibuat mana-mana parti dalam waktu rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai perkara yang normal.

Ini kerana, setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pendirian dan tuntutan masing-masing, jelas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Tetapi apa akhirnya,  keputusan akan dimuktamad secara sepakat kelak.

“Sekarang masih waktu rundingan. Biasalah kalau rundingan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan membuat tuntutan yang akan dimuktamadkan.

“Masing-masing parti ada pendirian, apa yang perlu dibuat dan perlu dituntut. Jadi biarlah proses (rundingan) berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan MCA Kedah yang memohon supaya memperuntukkan sekurang-kurangnya satu kerusi untuk ditandingi di negeri berkenaan pada PRN tidak lama lagi.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Sungai Petani, Choo Tai Jie berpendapat, sebagai rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN), adalah wajar parti itu diberikan peluang bertanding dalam PRN akan datang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast