SHAH ALAM – Perikatan Nasional (BN) perlu menggantikan Barisan Nasional (BN) di Selangor sekaligus merampas negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti.
Bekas Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana BN sudah hilang kehebatannya kerana kini hanya sekadar menjadi penumpang di dalam Kerajaan Perpaduan bersama PH ketika ini.
“Kalau UMNO jadi penumpang, mana kehebatan BN? Justeru, hari ini PN mesti bangkit menggantikan BN. Saya percaya dengan semangat PN dan kerjasama ditonjolkan ini, PN akan menang PRN akan datang.
“Hari ini apabila Bersatu bersama, saya yakin PN lebih kuat daripada dulu. Insya-Allah saya terus bersama PN dan terus memberikan sokongan (kepada PN). Matlamat saya senang sahaja iaitu nak Selangor baharu yang dipimpin PN jadi kenyataan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ceramah perdana Jelajah Selangor Baharu: Kita Bangkit anjuran PN Selangor di perkarangan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini malam ini.
Turut hadir Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, Noh turut kecewa kerana tindakan parti lamanya yang sanggup, malah terdesak bekerjasama dengan PH yang dianggap musuh BN selama ini.
Beliau juga sedih kerana beberapa kerusi UMNO bakal hilang pada PRN nanti.
“Di Selangor sebagai bekas pengerusi BN, saya kecewa dengan (nasib) beberapa kerusi UMNO pada PRN akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette
Sudah la kau.. sejak kau teraju selangor dulu ape kejayaan kau bawa ke arah yg lebih baik. Berapa kalu pru kau jadikan parti kau sebagai pembangkang. Tak yah sebuk2 ulas bekas parti kau. Tengok pulak prestasi kau dgn parti kau baru. Jgn sembang la.