Kapal selam Titan yang hilang ketika dalam perjalanan ke lokasi serpihan Titanic.

OTTAWA – Pegawai yang menyiasat kapal selam Titan akan meneliti rakaman suara dan data-data lain dari kapal induknya untuk cuba menentukan apa yang sebenarnya berlaku dalam tragedi melibatkan kapal tersebut.

Ia termasuk melihat sama ada berlaku sebarang insiden jenayah.

Penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada melawat Polar Prince, kapal utama kapal selam OceanGate Titan, Sabtu lalu “untuk mengumpul maklumat daripada perakam data pelayaran kapal itu dan sistem kapal lain yang mengandungi maklumat yang boleh digunakan,” kata Pengerusi TSB Kathy Fox kepada CNN.

Fox berkata, agensi itu mahu “mengetahui apa dan mengapa ia berlaku dan mahu mengetahui apa yang perlu diubah untuk mengurangkan peluang atau risiko kejadian sedemikian pada masa hadapan,” menurut laporan itu lagi.

Menurutnya, rakaman suara “berguna dalam penyiasatan’  tetapi menegaskan bahawa tujuan penyiasatan itu bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak.

Sementara itu, pihak berkuasa sedang berusaha untuk menentukan sama ada kes itu menjurus kepada siasatan jenayah atau tidak, kata Superintendan Polis Diraja Kanada, Kent Osmond pada hari Sabtu.

“Siasatan sedemikian akan diteruskan hanya jika pemeriksaan kami menunjukkan keperluan siasatan melibatkan undang-undang jenayah, persekutuan atau wilayah yang mungkin telah dilanggar,” katanya kepada pemberita, lapor New York Post.

Kapal selam Titan OceanGate Expeditions membawa lima penumpang awal 18 Jun apabila ia turun ke Lautan Atlantik menuju ke lokasi serpihan Titanic hampir 4000 meter (12,500 kaki) di bawah.

Mereka yang berada di dalam kapal berumur dalam lingkungan 19 hingga 77 tahun termasuk dua jutawan, seorang perintis dan seorang penuntut.

Lima orang itu telah dikunci ke dalam kapal selam dengan 17 bolt, yang hanya boleh dibuka dari luar.

Mereka dianggarkan mempunyai 96 jam rizab oksigen apabila meninggalkan permukaan air.

Pakar menganggarkan kapal selam itu telah mencapai ketinggian kira-kira 3100 meter (10,000 kaki) di bawah permukaan – kira-kira sejam dan 45 minit dalam ekspedisinya – apabila komunikasi terputus.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat mengumumkan pada Khamis lalu telah menemui pelbagai serpihan di dasar laut, kira-kira 500 meter dari haluan Titanic, menunjukkan kapal selam itu mengalami “letupan bencana”.

“Mayat lima penghuni kapal selam itu — Sulaiman Dawood, 19 dan bapanya seorang hartawan perniagaannya, Shahzada, 48; jutawan Britain Hamish Harding, 58; penjelajah Titanic terkenal Paul-Henri Nargeolet, 77; dan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush, 61 tidak mungkin ditemui. – Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast