takfiri jihad fikrah Khairuddin Aman Razali Takiri
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Pemikiran sempit yang ditanam hanya Pas memperjuangkan Islam dalam negara ini lalu menidakkan keislaman atau mengkafirkan orang Islam yang lain dikatakan bersifat ‘takfiri’.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tuduhan ‘tidak Islam’ dan ‘musuh Allah’ tidak berkumandang ketika parti itu bersama UMNO dari 1972 hingga 1978 dan bersama-sama menubuhkan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

Namun menurut beliau, tuduhan tersebut mengakar semula selepas Pas terkeluar daripada BN pada 1978 sehingga lahir Amanat Tok Guru Haji Hadi pada 1981.

“Apabila Pas bersama UMNO pada 2019 menerusi Muafakat Nasional (MN) tiada lagi tuduhan sebegitu tetapi sebaik berakhir MN di saat Pas dan UMNO bersaing semula di arena pilihan raya maka ucapan ‘neraka jika mengundi selain Pas’ kembali dihidupkan.

“Benih pemikiran ‘takfiri’ ini adalah ancaman terhadap keharmonian bermasyarakat dan bernegara sebagaimana dibahas dan diperingatkan oleh para alim ulama Islam seluruh dunia termasuk oleh ulama gerakan-gerakan Islam dunia seperti Dr Yusof Qaradawi,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd Khairuddin yang juga Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri memberitahu, Pas tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa mewajibkan rakyat menyokong mereka atas keyakinan palsu bahawa parti itu sahaja yang memperjuangkan Islam manakala parti-parti lain tidak berbuat demikian malah malah dianggap sebagai musuh Islam.

Beliau menambah, daripada situ lahir fatwa haram dan masuk neraka bagi sesiapa yang menyokong serta mengundi parti orang Islam yang lain seperti pernah disebut oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik, Mohd Shaiful Mhd Nasir.

“Inilah pemikiran songsang menafikan demokrasi dan keluasan ijtihad berparti dan berorganisasi dalam Islam dan dalam negara.

“Inilah juga punca keganasan berlaku antara pendukung-pendukung parti ketika pilihan raya. Ia bermula dengan fatwa wajib dan haram oleh pimpinan Pas,” jelasnya.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu berkata, Pas boleh mendakwa bahwa mereka parti Islam tetapi tidak wajar mendakwa hanya ia satu-satunya parti Islam lalu menafikan keislaman orang lain.

Menurut beliau, Islam dan perjuangan politik Islam bukan hanya milik Pas.

“Islam dan perjuangan Islam adalah milik bersama semua umat Islam yang berpolitik memperjuangkan Islam menerusi parti politik,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tongong dan masih bodoh Khairuddin ULAMAK UMNO ni.. PAS masa tu berkerjasama dengan UMNO untuk memulihkan firasat Melayu dan Islam tetapi UMNO TEGAR bagai DAP disebabkan itu maka PAS meninggalkan DAP dan UMNO. mungkin PELUANG ke TIGA akan diberi oleh PAS selepas ini, jika masih bersifat MUNAFIK… Allah sahaja dapat memberi PENALTY… SAYONARA GOODBYE ZAHID HAMIDI after PRN 6 NEGERI

  2. ratib yang didendangkan…DULU KINI dan SELAMANYA….jika nak KAYA PANGKAT KUASA PROJEK dan MASYUK pakat ramai masuk umno

    ketua cawangan umno pun bagai menteri/mp boleh rasmikan pelbagai majlis besar

    umno terpaksa MENJUBURI PAKATAN HANCING DAPIGS….untuk langgar SUMPAH NO ANWAR NO DAPIGS

Comments are closed.