ROMPIN – Seorang lelaki bersama bayinya berusia 10 bulan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Rompin – Endau, Kampung Batu 8 Pontian, Pahang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata, nahas itu berlaku kira-kira jam 1.15 pagi.
Sementara itu, etua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata, kemalangan itu berlaku apabila mangsa dari arah Johor Bahru ke Kuantan memotong kenderaan lain dan bertembung dengan treler di hadapan.
Pemandu lori treler itu turut cedera.
Manakala isteri mangsa yang turut berada dalam kereta tidak mengalami kecederaan.
Kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette