Lori kontena terbalik selepas merempuh pintu pagar IPD Tapah awal pagi tadi.

IPOH- Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.20 pagi.

Beliau berkat,a setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah serta seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

1 Komen

  1. Pelik bin Ajaib..sebesar besar balai polis boleh dilanggar..mungkin sudah sampai masa pihak berkuasa membetulkan balik denda terhadap pemandu yg tidak mengikuti had laju.

Comments are closed.