Ahmad Said

KUALA LUMPUR – Tidak menyerah kalah, Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengemukakan rayuan selepas selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen  membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said telah mengarahkan rayuan dikemukakan dalam masa terdekat ini di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Pilihan Raya Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani.

MalaysiaGazette melaporkan Hassan memutuskan petisyen itu selepas pempetisyen calon Barisan Nasional (BN) Jasmira Othman gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berikutan keputusan itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang.

Selain itu Jasmira turut diperintahkan membayar kos kos RM50,000 kepada Abdul Hadi.

Pada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Difahamkan petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ahmad Said terus try lagi sehingga kesemua MP PAS/PN dicabar dan didakwa melakukan rasuah pengundi. MP UMNO Negeri Terengganu “terutama” Ahmad Said “sendiri” yang “MENANG” PRU 15 KEKALKAN sehingga HABIS PENGGAL. MP PAS/PN di TERENGGANU bukan ramai pun… PRN ni Ahmad Said “ambil Bahagian” ke? standby “lebih banyak-banyak” ya….

Comments are closed.