Hakim Ziyech. Foto The Sun.

LONDON –  Perpindahan Hakim Ziyech ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr yang  bernilai £17 juta (RM88.6 juta) terencat apabila dia gagal melepasi ujian perubatan.

Media tempatan di sana melaporkan, ini kerana kemampuan Ziyech, 30, ke negara Teluk itu diragui berhubung masalah lutut yang dialami pemain tengah itu sebelum ini.

Pemain antarabangsa Maghribi itu sebelum ini meluahkan rasa tidak gembira di Stamford Bridge sejak enam bulan lalu.

Ziyech semakin hampir menyertai Paris Saint-Germain secara pinjaman pada Januari lalu namun impiannya musnah berikutan kesilapan Chelsea yang tidak menyerahkan dokumen tepat pada masanya.

Perkembangan terkini itu mungkin berdepan satu lagi episod menyedihkan dalam kariernya.

Ziyech berharap dapat melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr untuk menyertai bekas pemain The Blues, N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly dan Edouard Mendy berpindah ke Liga Pro Saudi.

Perpindahan itu akan menyaksikannya bergandingan dengan legenda Portugal, Ronaldo di bahagian serangan.

Keputusan ujian perubatan mengejutkan Ziyech hadir pada hari sama Al-Nassr bersetuju dengan perjanjian bernilai £20 juta (RM118 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic.

Pemain kebangsaan Croatia itu bersetuju dengan kontrak tiga tahun bernilai £86 juta (RM508 juta). – Agensi