KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC Selangor, P. Punithan mengumumkan peletakan jawatan daripada parti berkuat kuasa serta-merta.
Beliau dalam masa yang sama meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Baru Batang Berjuntai, Kuala Selangor
Berdasarkan surat bertarikh hari ini kepada kepada Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, Punithan tidak menyatakan sebab kenapa melepaskan semua jawatan berkenaan.
“Setelah berkhidmat dan menjawat pelbagai jawatan di bawah MIC selama 15 tahun termasuk pernah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa MIC Pusat (CWC) serta pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, Ketua
Penerangan Pemuda MIC Kebangsaan dan banyak lagi jawatan utama di sayap Pemuda peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian, hari ini saya membuat keputusan yang berat untuk meletakkan semua jawatan saya dalam MIC,” katanya.
Punithan turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pimpinan MIC pusat, negeri, bahagian dan cawangan yang menyokongnya.
Beliau turut berharap supaya akan terus menjadi suara masyarakat India di bawah Kerajaan Perpaduan.
“Saya percaya saya telah memberikan khidmat yang terbaik serta komitmen yang tinggi dalam 15 tahun saya berkhidmat bersama MIC,” katanya.
Pada Selasa lalu, Ketua Cawangan MIC Taman Bukit Kuchai Baru, Datuk Sivaraj Chandran juga telah meletak jawatan serta mengisytiharkan keluar parti.
Beliau mendakwa tidak mampu lagi bertahan dengan pelbagai sekatan yang dilakukan MIC terhadapnya.- MalaysiaGazette
MIC nak tutup KEDAI jika MCA juga bertindak sama maka UMNO hanya sebuah parti seperti MUDA.. maka tiada KERUSI disediakan untuk meeting GABUNGAN… ayoyo apa cer ZAHID HAMIDI!!!!
Sejak bila hang prihatin ttg umno n mca n mic ni? Hang marah sgt kt depa tu pasai apa? Hang ada keahlian ka dlm parti2 tu? Kalu bukan lantak kt depa la sbb tu hal depa. Ada depa kisah dgn hang? Depa pun tak kebuloq dgn 1 undi hang pun.