Kerja-kerja pembungkusan arang dijalankan selepas ditimbang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.

TAIPING – Sejak sekian lama Kuala Sepetang, atau nama lamanya, ‘Port Weld’. Bukan sahaja terkenal sebagai tapak stesen kereta api terawal di Malaysia, tetapi juga industri pembuatan kayu arang paling tua.

Bertapak sejak 1930, penghasilan kilang arang dari Kuala Sepetang ini mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi dari luar negara antaranya Jepun, Arab dan Korea.

Perusahaan arang dari pokok bakau kurap (Rhizophora mucronata) dan bakau minyak (Rhiziphora Apiculato) memerlukan masa sekurang-kurangnya 30 tahun untuk ditebang bagi mendapatkan hasil kayu arang berkualiti. Namun memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar.

Sungai semula jadi adalah laluan terpenting bagi membawa kayu bakau ke kilang arang yang kebanyakannya terletak di pinggir sungai.

Peringkat awal bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.

Proses pembakaran arang perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Seterusnya proses penyejukan juga merupakan masa paling kritikal dan memerlukan pengawalan rapi untuk memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.

Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk.

 

Jenis pokok bakau yang sesuai dijadikan kayu arang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Bahan mentah diangkut dengan bot selepas ditebang di hutan yang terletak di pinggir sungai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Bahan mentah diangkut dengan bot selepas ditebang di hutan yang terletak di pinggir sungai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Suasana dalam relau bagi proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Pembakaran kayu arang adalah melalui proses pembakaran api besar dan kecil selama 20 hari berturut-turut kemudiannya disejukkan selama 10 hari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Seorang pekerja menyusun kayu untuk dijadikan arang bagi proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Kerja-kerja pemotongan kayu bakau untuk dijadikan arang bagi proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Seorang pekerja menyusun kayu untuk dijadikan arang bagi proses pembakaran ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Kerja-kerja pembungkusan arang dijalankan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.
Antara arang yang dijadikan sebagai bahan cenderahati buat pengunjung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kilang Kayu Arang, Kuala Sepetang, Perak. Foto MUHD NA’IM, 30 JUN 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast