KUALA LUMPUR – Masalah yang sering di alami individu yang ingin menurunkan berat badan ialah membuat pemilihan jenis diet terbaik dan efektif.
Namun kurang ilmu mengenai diet menyebabkan individu cenderung menyekat selera makan, mengurangkan pengambilan kalori, karbohidrat atau lemak malah ada yang sanggup tidak makan sepanjang hari semata-mata untuk kurus dengan cepat.
Realitinya ada pelbagai kaedah diet boleh diamalkan antaranya diet vegan yang berasaskan seperti sayur-sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan dan buah-buahan atau makanan yang dibuat dari tumbuh-tumbuhan.
Seperti diketahui, diet vegan juga mengelak untuk memakan daging dan makanan daripada haiwan seperti produk tenusu dan telur.
Justeru, bagi pengamal diet vegan, berita gembira buat mereka kerana pelbagai menu sihat kini boleh di dapat di restoran makan segera, Rightside telah dibuka di Mont Kiara dan Sri Petaling.
Lebih menarik, restoran itu menyediakan hidangan 100 produk vegan yang bukan sahaja sihat malah membuka selera selain eksklusif kerana pertama di Malaysia.
Pengarah & Pengerusi Rightside Fast Food, Datuk Zhafran Md Yusuf berkata, Rightside merupakan restoran makanan segera pertama di Asia yang berasaskan tumbuhan telah menjalankan penyelidikan secara inovatif dengan mengunakan bahan-bahan premium yang tinggi khasiatnya.
Beliau memberitahu, restoran itu merupakan syarikat milik penuh anak tempatan yang diuruskan oleh mereka di kalangan ahli alkimia yang ghairah mencipta makanan segera yang lazat dan berkhasiat untuk pelbagai lapisan masyarakat.
“Kami percaya untuk memastikan menjadikan diet alternatif itu boleh diakses sama ada mereka seorang vegan atau tidak yang masih menikmati menu makanan berasaskan tumbuhan yang lazat bersama orang tersayang.
“Kami juga yakin dengan kehendak pasaran hari ini yang mahukan menu sihat lebih baik seperti vegan diperkenalkan yang bukan sahaja berkhasiat, pada masa yang sama dapat memenuhi citarasa pelanggan yang masih boleh makan ketika berdiet,” katanya.
Istimewanya di Rightside, semua menu dihasilkan secara ‘homemade’ atau buatan sendiri bermula daripada roti, daging burger, sos mayo, keju dan pelbagai lagi secara eksklusif.
Malah daging burger atau patty diperbuat daripada protein kacang dan dimasak seperti burger hancur yang menawarkan tiga pilihan menu samada ZeroBeef, ZeroLamb dan ZeroChicken.
Selain daging berasaskan sayuran, burger itu juga didatangkan bersama roti vegan yang cukup lembut, keju dan mayo vegan, bawang karamel, lada benggala, cendawan, tomato dan salad segar.
Mengulas lanjut, Zhafran menambah, Rightside bercita-cita tinggi untuk menjadi rantaian makanan segera terbesar berasaskan tumbuhan seterusnya mencipta diet alternatif yang sedap dan boleh diakses kepada semua masyarakat di seluruh dunia.
Kata beliau, misi pihaknya adalah untuk mendefinasikan semula konsep baharu makanan segera yang sihat bagi mewujudkan persekitaran yang inklusif tanpa mengira keutamaan diet seseorang.
“Kami yakin Rightside akan menjadi pilihan masyarakat pada masa akan datang kerana merupakan merupakan restoran makanan segera berasaskan tumbuhan pertama yang memiliki rantai di Asia.
“Pada masa sama, kami juga mengutamakan teknologi dan inovasi penyelidikan serta pembangunan bagi menghasilkan produk berkhasiat tinggi menggunakan bahan premium 100 peratus berasaskan tumbuhan selain meberi fokus kepada inklusiviti.
“Malah kami menawarkan harga yang cukup berpatutan dan berbaloi jika dilihat dari segi kualiti rasa serta khasiat menu vegan yang pasti akan memberi rasa kepuasan di hati pelanggan,” katanya sambil memberitahu pihaknya merupakan ahli Persatuan Makanan Berasaskan Tumbuhan.
Selain burger, Rightside turut menawarkan menu sihat seperti, salad Mexico, kentang goreng, jagung didalam cawan, susu kocak dan minuman sihat yang berasakan tumbuhan. – MalaysiaGazette