KUALA LUMPUR – Sistem penggajian setiausaha akhbar (SUA) menteri diuruskan oleh kementerian masing-masing.
“Seperti saya, pembayaran gaji sudah lama selesai,” kata seorang setiausaha akhbar kepada MalaysiaGazette.
Beliau menjawab tentang laporan beberapa SUA dan pegawai menteri yang masih belum mendapat gaji sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Sebuah portal melaporkan, kesemua mereka tidak dibayar gaji kerana didakwa surat pelantikan mereka belum ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pegawai kementerian menunjukkan kertas kerja untuk membuktikan mereka berusaha mendapatkan pembayaran gaji dan hanya menunggu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim menandatangani surat itu,” menurut portal berkenaan.
Seorang daripada mereka mendakwa tidak dibayar gaji dan elaun khas sejak tahun lalu dan hanya menerima elaun perjalanan.
MalaysiaGazette turut bertanyakan beberapa SUA mengenai isu pembayaran gaji dan menafikan mereka mengalami masalah tersebut.
“Tidak bukan saya (yang menghadapi masalah pembayaran gaji,” katanya.
Seorang lagi SUA turut berkata “Tidak ada masalah gaji, (gaji) saya okey,” katanya.
Dalam pada itu, menurut bekas SUA, isu gaji pegawai mahupun SUA di bawah pengurusan Ketua Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) sesebuah kementerian.
Jelasnya, menjadi tanggungjawab seorang SUSK untuk memberikan surat yang telah ditandatangani oleh menteri kepada pejabat sumber manusia kementerian masing-masing untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menolak masalah gaji yang dihadapi oleh beberapa SUA dalam laporan itu adalah di bawah JPA.
“Pelantikan SUA disediakan oleh SUSK pejabat menteri. Jika SUSK di sesebuah pejabat menteri seorang efektif sepatutnya tidak ada masalah untuk mendapatkan tanda tangan PM.
“Surat berkenaan akan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri untuk ditandatangani dan diserahkan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk surat pelantikan.
“Bukan PM tidak mahu tandatangan, selalunya surat pelantikan itu akan tersekat di sumber manusia kementerian jika SUSK tidak buat susulan,” jelasnya yang sudah meninggalkan pejabat menteri itu baru-baru ini. – MalaysiaGazette
Rujuk la PTTK kalau xtau ttg tatakelolatolato.. jgn buat bodoh sombong..