MARA Corp Corporation Majlis Amanah Rakyat MACC power abuse
Bangunan MARA di Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / 7 FEBRUARY 2022. Bangunan Mara di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif itu akan turut membabitkan lulusan tahfiz yang tiada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Langkah itu kata beliau, diambil selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah Program TVET Tahfiz akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan MARA.

“Bagi lulusan tahfiz yang tiada SPM pun boleh mohon GiatMARA Tahfiz,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi lagi, inisiatif berkenaan juga pernah digagaskan melalui Dasar Tahfiz Negara, ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Namun tergendala seketika waktu Pakatan Harapan (PH) memerintah. Dan kini apabila Barisan Nasional (BN) menjadi sebahagian daripada kerajaan, Timbalan Perdana Menteri lancarkan Dasar Tahfiz Negara 2.0.

“Ia bagi melahirkan 125,000 Huffaz Profesional,” tambahnya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan SPM bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Selain SKM, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, beberapa perubahan dasar dirancang bertujuan memperkasakan sektor TVET di negara ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast