Ahmad Maslan

PUTRAJAYA – Usaha untuk mengukuhkan nilai mata wang ringgit turut memerlukan penglibatan kementerian lain dan tidak hanya semata-mata bergantung kepada Kementerian Kewangan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Antara kementerian tersebut adalah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu terutamanya dari segi pelaburan dan pelancongan, katanya kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

“Contohnya MITI supaya pelaburan segera masuk ke negara kita dan eksport diperbanyakkan.

“Usaha menarik pelancong datang ke negara kita juga boleh membantu mengukuhkan ringgit… apa yang (boleh) dilakukan MOTAC dapat memudahkan kemasukan pelancong ke negara kita,” katanya ketika ditanya langkah segera untuk membendung kelemahan ringgit.

Ahmad berkata berdasarkan taklimat yang diberikan kepadanya, antara faktor kelemahan ringgit adalah kerana permintaan terhadap ringgit kurang.

“Jadi apa yang perlu dilakukan ialah supaya ringgit digunakan oleh pelbagai pihak sama ada pelabur atau pelancong untuk mengatasi kelemahan nilai ringgit,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast