tanah Melayu Apandi Perlembagaan
Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau memainkan sentimen perkauman apabila membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu hanya menyuarakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dr Mahathir turut mempersoalkan sama ada tindakan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah menyalahi undang-undang.

“Sebaliknya bertentangan Perlembagaan adalah mempromosi negara berbilang bangsa.

“Apakah kerajaan sekarang menolak kedaulatan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya Perlembagaan menekankan ke-Melayuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Mohd Huzaidi Mohd Hussin pada 16 Jun lalu yang memintanya berhenti memainkan sentimen perkauman.

Sebelum itu, Dr Mahathir mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan tidak menafikan hakikat  hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet.

“Tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP. Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul la dakwaan Atok ini. Terbaharu terdapat usaha2 aggressive menteri pakatan hancing berkempen untuk menjadikan sup babi sebagai makanan legasi warisan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang hendak mereka patternkan?

    Apa pula pandangan Mp2, menteri2 dan raja2 Melayu. Teringin nak dengar pendapat mereka.

Comments are closed.