Lelaki bersama isteri tunggang motosikal tanpa topi keledar secara melawan arus dijejaki dan disaman polis di rumahnya dalam kejadian di Banting Kuala Langat pada Sabtu lalu.Ihsan IPD Kuala Langat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menunggang motosikal melawan arus sambil di Sungai Manggis, Banting Selangor pada Sabtu lalu diatahan polis di rumahnya di daerah tersebut keesokan hari.

Lelaki tersebut turut menunjukkan isyarat lucah selepas menyedari perbuatannya itu dirakam orang awam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kejadian itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat selepas mengesan satu video tular di laman media sosial.

“Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku pada jam 4.08 petang dan penunggang berusia 55 tahun itu dikesan turut membonceng isterinya yang berumur 50 tahun di mana kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat, polis berjaya menjejaki indentiti serta alamat lelaki terbabit.

Menurut Ahmad Ridhwan, lelaki itu memberi alasan dia perlu berpatah balik ke rumah untuk mengambil ubat menyebabkannya menunggang motosikal melawan arus.

Katanya, individu terbabit telah dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan polis telah memberi nasihat kepada pasangan suami isteri itu agar tidak mengulangi kesalahan tersebut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ingatkan tahun 2023 setelah negara merdeka 66 tahun ni dah kurang manusia ber IQ GORILA di Malaysia, rupa rupanya masih ada. Kalau dari muda dah biasa melakukan kesalahan sampai ke tua perangai tak akan berubah..memalukan

Comments are closed.