logo mahlamah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, melepas dan membebaskan seorang wanita yang berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan memiliki dan mengedar dadah berbahaya.

Siti Aisah Noordin, 34, berdepan tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah jenis Methamphetamine (MDMA) seberat 60.14 gram dan 3.9 gram ketamine pada 2020.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membaca keputusan menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 39(b)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2).

Mahkamah turut memerintahkan Siti Aisah dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipangil untuk membela diri pada akhir kes pendakwaan hari ini. – MalaysiaGazette

Berita lanjut menyusul