KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas sempat meminta pertolongan sebelum dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Banting, Kuala Langat hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, jeritan mangsa didengari oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian.
“Mangsa berusia 20-an dipercayai terkapai- kapi dalam sungai untuk meminta bantuan dan kemudiannya terus tenggelam,” katanya dalam kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Shah Alam.
Namun setakat jam 4.40 petang tadi, mangsa masih belum ditemui. – MalaysiaGazette