Mohd Ismail Eiyi menzahirkan kesyukuran dapat menyempurnkan jenazah tujuh ahli keluarganya di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islan Felda Lepar hilir 3 malam tadi.

KUANTAN – Sembilan sekeluarga yang terbabit dalam nahas kepala air sempat meraikan Hari Raya Aidiladha bersama – sama ahli keluarga lain.

Adik kepada mangsa Azizah Eiyi, Mohd Ismail Eiyi, 36 tahun redha dengan pemergian keluarga kakaknya dan lega kerana hajat arwah untuk beraya bersama keluarga tertunai.

Jelasnya, pertemuan terakhirnya bersama arwah kakak yang merupakan anak ketiga dalam keluarga adalah pada petang Sabtu sebelum nahas.

”Syukur impian arwah beraya bersama tertunai dan hari ini tujuh daripada sembilan mangsa selamat dikebumikan. Saya harap dua lagi dapat ditemui secepat mungkin.

”Sabtu petang sebelum dia pergi tempat berkelah, sempat jumpa. Memang dia niat nak pergi berkelah 9 beranak dan tunang anaknya,” katanya ketika ditemui sejurus selesai pengebumian keluarga kakaknya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti

7 beranak tragedi kepala air dikebumi satu liang lahad

Tujuh beranak itu selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, tengah malam tadi.

Anak Azizah,  Puteri Alleya Maisaran 16, yang ditemukan, 3 petang Selasa masih dalam proses bedah siasat dan pengesahan, manakala seorang lagi, Putri Nor Fatin, 14, masih belum ditemui.

Manakala seorang lagi mangsa masih hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati ialah Muhammad Fikri Saliman, 24.

Ahad lalu, seramai 10 individu  yang berkelah di Jeram Air Putih dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di kawasan itu. – MalaysiaGazette