Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika hadir ke Jelajah Mega Madani ketika di Laman Niaga Bandar Baru Bangi. Foto MOHD ADZLAN 07 JULAI 2023.

BANGI – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sepatutnya berasa malu atas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Sebaliknya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kekalahan dengan majoriti yang besar tetap membuat bekas Menteri Ekonomi itu masih tidak sedar diri.

“Pembangkang hari ini berhasrat untuk merampas Selangor kerana mereka tahu negeri ini maju dan membangun.

“Yang berkata sedemikian adalah bekas Menteri Besar (Azmin) yang tidak sedar diri dan tidak pernah bertaubat walaupun kalah dengan majoriti 12,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini malam ini.

Amirudin menambah, Selangor sebelum ini menyumbang kepada 23 hingga 24 peratus ekonomi negara dan terbaru adalah 25.5 peratus atau satu perempat ekonomi negara dimiliki di Selangor.

Atas faktor itu, katanya, PN bercita-cita besar untuk merampas Selangor.

“Mereka cuba membuat pelbagai serangan untuk menutup mata dan membisukan kita daripada pencapaian yang sudah kita peroleh sejak 15 tahun lalu.

“Pemuda Pas kata kita perlu ikut Pas dalam mentadbir Kelantan, yang memberikan bas percuma untuk membawa balik pengundi tetapi bas percuma ini sudah ada sejak 10 tahun di Selangor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Amirudin Shari ni sengal ke? rakyat SELANGOR akan “SEKOLAHKAN” supaya lebih CERDIK. Sejarah DAP hanya 1kerusi dan tidak pernah mengalah sehingga PRU 15 kerusi MP lebih besar dari PKR. Bila PKR nak MALU terutama MADANON jadi PMX? Ahli PKR ni ada pernah MALU ke dengan sejarah lalu?

Comments are closed.