Selain pihak polis, operasi pencarian bayi hanyut itu turut dilakukan dengan bantuan bomba.

BALING – Seorang bayi lelaki ditemui mati lemas selepas dipercayai hanyut dibawa arus dalam kejadian di Sungai Lubuk Pedati di sini, hari ini.

Difahamkan mayat bayi berusia 19 bulan itu ditemui berhampiran rumah pam Kampung Sungai Limau pada jam kira-kira 1 tengah hari tadi.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan dan sebaik selesai kita akan maklum,” katanya. – MalaysiaGazette