KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melaksanakan janjinya untuk melupuskan hutang peneroka.
Beliau berkata, kerajaan telah mengumumkan pelupusan hutang peneroka kepada Felda pada 2021.
Namun, katanya, agensi tersebut terpaksa berhutang RM9 bilion dalam bentuk sukuk untuk mengambil alih FGV Holdings Berhad serta membayar pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Maybank.
“Dulu Tan Sri semasa jadi Perdana Menteri kata kerajaan akan bayar RM1 bilion setahun selama 10 tahun. Sepatutnya dah mula bayar tahun 2022.
“Tapi ia tak berlaku. Buah yang ditunggu tak jatuh-jatuh,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Terdahulu, Muhyiddin mendakwa, tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka Felda adalah satu pembohongan.
Pengerusi PN itu menyatakan, pelupusan hutang tersebut telah dilaksanakan ketika beliau masih menjawat jawatan Perdana Menteri.
Semalam, Anwar dilaporkan berkata, pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.
Ahmad Shabery memberitahu, tiada perjanjian bertulis antara kerajaan PN dengan Felda untuk membantu menyelesaikan hutang yang banyak itu.
Beliau menambah, Anwar dan Kerajaan Perpaduan baru-baru ini telah memutuskan penyelesaian serta membuat perjanjian dengan Felda untuk menyelesaikan sukuk.
“Kerajaan Perpaduan bagi komitmen bayar RM1 bilion setahun kepada Felda untuk selesaikan hutang itu.
“Alhamdulillah Felda lega dan boleh bantu lagi peneroka,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ahmad Shabery berharap Muhyiddin tidak bersikap terlalu gopoh.
“Cerita jangan tak habis,” katanya. – MalaysiaGazette
MAMAT ini pernah BERDEBAT LANGSUNG dengan ANWAR MUNAFIK…BILA dah masuk kelengkang mestilah memebela BOSS wlaupu menipu dan fitnah….MACAM ZAHID dan ANWAR…hilang kutukan PENYAMUN PENYAKAU PERASUAH sebab masuk dalam kain sama
aku peneroka felda bila dengar hutang dilupuskan aku harap betul lah . tapi tiap bulan payseet hutang tak berubah . berani juga . rupanya kena tipu