KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice mahu individu yang menggelar isterinya, Farra Inalis sebagai pelacur Vietnam agar tampil bersemuka.
“Siapa yang hang (awak) panggil set-set (golongan) macam pelacur bang? Sesiapa dekat Sungai Buloh atau Rawang yang kenal mamat (lelaki) ini, tolong pesan kat dia untuk WhatsApp saya sekarang,” katanya menerusi InstaStory.
Penceramah motivasi berusia 34 tahun itu memberi amaran tersebut selepas Farra mendedahkan komen seorang lelaki yang mempersoalkan penampilannya tidak menutup aurat.
Menerusi hantaran Insta Story, ibu kepada seorang anak itu menegur tindakan kurang ajar pemilik akaun tersebut yang mengeluarkan kata-kata menjatuhkan maruah.
Turut mendedahkan wajah individu dimaksudkan, Farra menyatakan Caprice kini sedang mencari netizen berkenaan yang digelar sebagai ‘Doraemon’.
“Suami saya tengah mencari awak tu ‘Doraemon’. Harap cepat-cepatlah keluarkan pintu ajaib pergi ke alam ghaib. Kau orang ke binatang, aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu,” tulis wanita terbabit merujuk kepada foto pemilik akaun tersebut.
Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra Inalis Husni, 28, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan pada November 2021.
Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aleesya Sofea yang kini berusia sembilan tahun menerusi perkahwinan terdahulunya. – MalaysiaGazette