Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz bercakap kepada media selepas menerima keputusan digantung keahliannya dalam UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.
Tun Faisal Ismail Aziz.- Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan beliau tidak khianat terhadap parti itu apabila menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebaliknya menurut bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut, beliau telah digantung dan dipecat daripada parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Yang khianat parti tu bukan saya tapi (Ahmad) Zahid, kluster mahkamah dan kluster munafik dalam UMNO.

“Saya tak khianat, tapi saya digantung dan dipecat kerana menentang golongan pengkhianat, broker (Datuk Seri) Anwar, broker jajaran baru, broker DAP,” kata Tun Faizal.

Beliau menjawab sindiran seorang pengguna media sosial, Syed Rosli Harman yang menggesa Tun Faisal untuk tidak menaruh harapan untuk kembali kepada UMNO selepas mengambil keputusan untuk menjadi ahli Bersatu.

Kata Syed Rosli, UMNO tidak akan menerima semula ahli yang telah mengkhianati parti.

“Saya nak menaruh harapan buat apa? UMNO sudah tidak ada harapan selagi Zahid ada dan selagi sokong DAP, UMNO akan terus ditolak rakyat.

“Pengundi tradisi UMNO dan sekarang termasuklah ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang tidak menyokong Zahid dan tidak dapat terima Anwar dan DAP.

“Jangan risau, saya tak mengharap apa-apa daripada UMDap dan UMNOzahid,” kata Tun Faisal.

Media sebelum ini melaporkan, bekas setiausaha akhbar kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa itu menyertai Bersatu semalam.

Tun Faisal menerima watikah keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Perikatan Nasional Negeri Sembilan di Seremban, malam tadi.

Beliau dipecat daripada UMNO pada Januari lalu dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Tindakan itu diambil selepas Tun Faisal yang lantang mengkritik kepemimpinan UMNO, dikatakan melanggar etika ahli UMNO berdasarkan perlembagaan parti.

Beliau sebelum itu digantung keahlian UMNO selama enam tahun bermula Mac 2021.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kenapa BERSATU kan elok masuk PAS boleh ikut bos. Sama sama pakai serban. Boleh juga jadi presiden masa depan. BERSATU susah sikit sebab kena ada syarat kluster nahkamah

  2. Fakta FAKTA… dari Tun Faizal.. selama ini ZAHID HAMIDI di HINA DAP PKR sebagai PENYAMUN klaster Mahkamah rupanya LEBIH TERUK…. KLASTER MUNAFIK… orang munafik lebih bahaya dari YAHUDI.. bahaya memang bahaya. Sayonara Sayonara cepatlah Sayonara ZAHID Hoi Hoi Yahoi

  3. Tidak hairan cTunFaizal..ikut cMuidin@BERSATU sebab chief cAnnuarMusa ikut [email protected] “Dimana Tumpahnya kalau Tak ke Nasi”..tutup ” Lubang Gali Lubang”…hidup mencari “Tembolok Kepentingan Diri” .

Comments are closed.