REE sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menasihatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali.

Nasihat berkenaan dibuat selepas Ahmad Zahid meminta beliau melakukan taubat nasuha kerana mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandai-mandai dan menggunakan titah Agong untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dalam kenyataan ringkas, Menteri Besar Kedah itu turut  menggesa Ahmad Zahid untuk terus bersara daripada politik.

“Saya bersetuju dan berterima kasih di atas nasihat supaya bertaubat nasuha yang sememangnya dianjurkan kepada mana-mana orang yang menyesali dosa yang telah dilakukan.

“Saya juga ingin menasihatkan beliau (Ahmad Zahid) bertaubat nasuha 48 kali dan meninggalkan arena politik tanahair dia atas kerosakan yang dibawa oleh beliau kepada rakyat negara ini,” kata Muhammad Sanusi.

Jumlah taubat sebanyak 48 kali tersebut dipercayai merujuk kepada jumlah pertuduhan rasuah dan salah laku yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu.

Media melaporkan, Ahmad Zahid berkata, fakta BN dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Yang di-Dipertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.

Serentak itu Ahmad Zahid menggesa supaya Muhammad Sanusi supaya mengutamakan taubat nasuha.

Presiden UMNO itu menegaskan tidak semua perkara boleh dijadikan bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri.

Muhammad Sanusi dilaporkan membuat dakwaan berhubung perkara itu di dalam ceramah Jelajah Selangor pada Selasa lalu.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sanusi perlu bertaubat nasuha – Zahid

1 Komen

  1. orang luar KASIHAN dengan Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI… anakbini dia tidak mahu ZAHID HAMIDI tinggalkan dan KESAL atas dosa-dosa sepanjang hidup ke.. NASIHAT Sikit pun dah berbaloi.. cuba-cuba lah ye…

Comments are closed.