PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor diminta bertaubat nasuha sekiranya berterusan mengamalkan politik sebagai bahan lawak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai menteri besar di negeri mengamalkan nilai Islam, Muhammad Sanusi tidak sepatutnya menjalankan kempen yang akan merosakkan dirinya kelak.
Beliau yang Timbalan Perdana Menteri berkata, di dalam politik, apa yang berlaku adalah berlandaskan fakta yang dilalui semua parti yang terlibat dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan sebelum ini.
“Politik ini bukan bahan lawak dan bahan untuk bergurau. Fakta adalah fakta. Bagaimana BN dititah mengadap, itu fakta, bagaimana PH juga dititah mengadap, itu fakta. Juga GRS dan GPS.
“Kalau itu satu tuduhan oleh seorang yang mengetuai kerajaan negeri yang pegangannya adalah Islam, saya harap taubat nasuha perlu dibuatnya supaya semua perkara jadi bahan kempen rosak sendiri.
“Tak perlu saya jawab perkara yang jadi fakta dan ini akan jadi siri isu dan dibahaskan oleh orang yang tidak bijaksana dan tak beza fakta dan auta,” katanya yang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di kementeriannya hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah yang mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Yang Di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi video tular dipercayai ketika menyampaikan ceramah, Mohamad Sanusi juga turut didakwa meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sehubungan itu, Angkatan Muda Keadilan Selangor akan membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah dan Naib Presiden Pas itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini. – MalaysiaGazette
Ketara BIJAK Pemuda PKR dibanding ZAHID HAMIDI. Pemuda PKR buat report ZAHID buat huha huha…
Hoi Hoi Yahoi ZAHID HAMIDI… pelawak disuruh TAUBAT NASUHA… PENYAMUN kau tak suruh apa-apa pun…
PEMERINTAH ISLAM kau arah lebih-lebih tapi PEMERINTAH BUKAN ISLAM tiada apa pun ayat KAU AJAR jadi baik…. mentang-mentang lah kau dah MAKAN SATU PINGAN dengan DAP… ZAHID HAMIDI tak perlu TAUBAT cuma perlu “disentap” sempena PRN 6 NEGERI kelak… Sayonara Sayonara Sayonara ZAHID